Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disahkan meninggal dunia akibat kemalangan yang menyebabkan insiden kejar-mengejar dengan seorang pesalah trafik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak pada Ahad.
Sebelum kejadian, Muhammad Azizi Azizan dikatakan sedang meronda bersama beberapa anggota lain dengan menunggang motosikal di lokasi sekitar tol berkenaan.
Namun, seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya ketika operasi dilakukan di Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi.
Mangsa pantas untuk mencuba mengejar suspek sebelum terbabas dan jatuh di atas jalan raya sebelum dirempuh sebuah kereta akibat tidak sempat mengelak.
Menurut Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan perkara ini dimaklumkan oleh pihaknya sendiri.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.