Penjarakan sosial merupakan antara cara yang digunakan orang ramai serata dunia bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini. Namun masih ada yang belum mengamalkan penjarakan sosial ini kerana tidak biasa dengan normal baharu.
Disebabkan itu, Perancis kini menggunakan patung beruang sebagai satu inisiatif dalam mempraktikkan penjarakan sosial dalam masyarakat, seperti meletakkannya atas kerusi restoran dan dalam panggung wayang.
Dengan adanya patung beruang itu, maka orang ramai tahu dimana mereka harus duduk sebagai langkah mengamalkan penjarakan sosial.
Malah dengan adanya patung beruang ini, mood ceria orang ramai mula ditingkatkan meskipun terpaksa duduk berjauhan antara satu sama lain.
So cuteeee!
Sumber : Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.