Baru-baru ini, kisah seorang pemandu treler yang mengalami sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
Malah, pemandu berkenaan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari akibat myocardial infarction atau serangan jantung.
Namun, warganet berang akan soalan yang diajukan seorang pengguna media sosial yang berkongsi video tersebut.
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mubarak Khan tampil menjelaskan mengenai penyebaran video berkenaan dan dia hanya sekadar berkongsi video yang diterima menerusi grup WhatsApp.
Malah, video berkenaan juga bukanlah dirakam oleh isterinay dan kenderaan yang terlibat di dalam kejadian berkenaan juga bukan milik mereka.
Setakat ini, pihak polis telah mengambil isu ini dengan serius dan laporan sudah pun dikemukakan.
“Bukan salah kami, kami share sahaja. Video berkenaan telah dikongsi ramai orang tetapi saya menjadi mangsa keadaan.
“Saya meminta maaf segala kesulitan,” katanya.
Sumber: TikTok @mubarakkhan1535
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.