Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pasangan Penyewa Tular Beri Kata-Kata Kesat Kepada Pengawal Keselamatan Ditahan Pihak Berkuasa

Maki pengawal keselamatan sebab tolak jaga anak? Apa kes?
Muhammad Izwan Zainal
05 Nov 2021, 06:00 PM

Baru-baru ini, pasangan penyewa yang tular selepas didapati melemparkan kata-kata kesat kepada seorang pengawal keselamatan atas alasan menolak untuk menjaga anak mereka telah ditangkap pihak berkuasa.

pasangan penyewa tular beri kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan ditahan pihak berkuasa

Menurut kenyataan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani memaklumkan suspek lelaki didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak polis.

“Pada pukul 12 tengah hari, 3 November 2021, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

“Pasangan penyewa itu kerap berpindah bagi mengelakkan diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya telah dibawa keluar ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Malah, notis amaran kepada pemilik unit telah dikeluarkan pihak pengurusan untuk menamatkan kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut serta-merta.

“Susulan tindakan pasangan penyewa meninggalkan anak mereka di meja sekuriti dan telah menyebabkan kekacauan, pihak pengurusan telah mengambil tindakan atas kejadian tersebut.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan notis amaran kepada pemilik dan penyewa tersebut dan kontrak sewaan pasangan tersebut turut ditamatkan awal oleh pemilik unit. Pihak kami dimaklumkan mereka masih dalam proses untuk pindah keluar,” katanya.

pasangan penyewa tular beri kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan ditahan pihak berkuasa

Orang ramai juga disarankan untuk tidak menularkan video kejadian bagi mengelakkan salah faham dan tidak mengganggu kelancaran siasatan.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}