Ratu terjun negara Pandelela Rinong melakar sejarah buat skuad terjun negara apabila memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 hari ini.
Mesra disapa Pandelela, dia berjaya mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan selepas mempamerkan terjunan yang cukup baik dan bertenaga untuk menjuarai acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.
Penerjun tuan rumah Matsuri Arai hanya mengumpul 342.00 mata untuk pingat perak manakala Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.
Lebih membanggakan apabila kemenangan di Piala Dunia kali ini menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara.
Tahun lalu, pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Mckay dengan 343.85 mata manakala Andrea Spendolini Siriex di tempat kedua dengan 336.00 mata.
Menerusi akaun Twitter dan Facebook Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau berbangga dan mengucapkan tahniah akan kejayaan yang diperoleh Pandelela.
"Defied the odds and now she stands at the top of the podium! (Mengatasi segala kemungkinan dan kini dia berdiri di podium utama!) Tahniah @Pandelela_R !! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you (Sangat sangat bangga dengan kamu) Pandelela #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia," katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.