Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Comel! Panda Gergasi Liang Liang Lahir Anak Ketiga Di Zoo Negara

Anak panda itu sihat dan aktif selepas lahir.
Muhammad Izwan Zainal
02 Jun 2021, 11:22 AM

Panda gergasi Liang Liang selamat melahirkan seekor lagi anak di Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara pada malam Isnin.

Itu merupakan kelahiran anak ketiga bagi pasangan panda tersebut sejak ditempatkan di pusat itu pada 2014.

comel! panda gergasi liang liang lahir anak ketiga di zoo negara

Menerusi ciapan di akaun Twitter, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan aktif selepas dilahirkan.

“Seekor anak Giant Panda telah dilahirkan di Zoo Negara, Selangor pada malam 31 Mei 2021.

“Anak panda kepada pasangan Xing Xing (jantan) dan Liang Liang (betina) ini berada dalam keadaan sihat, aktif selepas dilahirkan,” katanya.

comel! panda gergasi liang liang lahir anak ketiga di zoo negara

Tambahnya, pihak mereka masih belum mengenal pasti jantina anak panda terbabit kerana ia masih di bawah jagaan rapi ibunya dan tidak dapat didekati.

“Petugas Zoo Negara akan terus memantau dan mengawasi Liang Liang serta anaknya dalam tempoh 24 jam,” kata mereka.

Kelahiran anak panda gergasi itu adalah satu kejayaan kepada usaha konservasinya menerusi Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi antara kerajaan Malaysia dan China yang dimeterai pada 2012.

Terdahulu, anak kedua haiwan itu, Nuan Nuan dan Yi Yi masing-masing dilahirkan pada 18 Ogos 2015 dan 14 Januari 2018.

Haiwan itu dipinjamkan sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing, pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang tiba di negara ini pada 21 Mei 2014.

Sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}