Disebabkan kekurangan kemudahan seperti katil, fasiliti kesihatan dan juga staf perubatan mungkin menjadi risiko kepada pusat penularan COVID-19 yang seterusnya di negara Indonesia.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Indonesia, peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 dinegara itu adalah kerana tindakan kerajaannya yang lambat membuat skala penularan wabak itu.
Setakat artikel ini ditulis, Indonesia hanya merekodkan 1,046 kes positif COVID-19, dengan 46 daripadanya telah pulih dan 87 lagi dilaporkan maut. Disebabkan itu, Indonesia dilabel sebagai negara paling tinggi rekod kematian di Asia Tenggara akibat COVID-19.
Pusat Pemodelan Matematik Penyakit Berjangkit yang berpusat di London pula menganggarkan, jumlah semasa itu hanyalah 2 peratus daripada rekod sebenar.
Angka itu menjadikan jumlah kes sebenar COVID-19 di Indonesia mungkin dalam anggaran 34,000 kes setakat ini. Malah, ia boleh meningkat kepada 5 juta orang di ibu negara ini menjelang hujung April nanti.
Terdahulu, Universiti Havard juga pernah mempersoalkan kes jangkitan COVID-19 di negara yang mempunyai populasi 260 juta penduduk itu.
Lebih merisaukan, kekurangan fasiliti seperti katil hospital akan membuatkan ujian saringan dan kuarantin pesakit menjadi terganggu.
Walaubagaimana pun, Menteri Kesihatan Indonesia mendakwa keadaan dinegara itu tidak akan sama sekali menjadi seteruk itu, sambil mengingatkan rakyat agar terus menjaga jarak sosial mereka.
Sumber: Channel News Asia / Siakap Keli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.