Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pakar Kesihatan Kurang Setuju Solat Berjemaah Di Masjid Buat Masa Ini

Ini adalah kerana tahap jangkitan wabak COVID-19 dinegara ini masih belum mencapai tahap dapat dikawal dengan baik.
Editor
15 May 2020, 01:39 PM

Kumpulan pakar kesihatan, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) kurang bersetuju dengan keputusan membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau terpilih, termasuklah solat Jumaat, solat sunat Tarawih dan juga solat sunat Aidilfitri.

pakar kesihatan kurang setuju solat berjemaah di masjid buat masa ini

Ini adalah kerana tahap jangkitan wabak COVID-19 dinegara ini masih belum mencapai tahap dapat dikawal dengan baik.

Tambah lagi, jumlah kes harian positif COVID-19 ketika ini juga tidak menggambarkan keadaan sebenar jangkitan tersebut kerana masih ramai lagi rakyat di negara ini yang belum disaring.

"Bagi orang Islam pastinya keputusan (membenarkan solat berjemaah di masjid) dialu-alukan tetapi disebabkan wabak ini masih lagi di peringkat yang belum terkawal dengan baik ia kurang sesuai. Jika kita perhatikan jumlah kes harian juga menunjukkan ada masa berlaku peningkatan dan penurunan setiap hari.

"Kita kena faham kes baharu ini juga tidak menggambarkan keadaan sebenar jangkitan Covid-19 kerana masih ramai belum disaring dan jika saringan dibuat ke atas semua penduduk Malaysia, sudah pasti jumlah kes akan bertambah,", kata Ahli Jawatankuasa Perdim, Dr Zubaidi Ahmad.

Buat masa ini juga, kita hanya menjalankan saringan kepada mereka yang baru pulang dari luar negara dan juga kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19, dan masih belum lagi menyeluruh kepada semua rakyat.

Dr Zubaidi juga menambah, golongan muda yang mempunyai antibodi kuat tidak akan menunjukkan simptom, namun ia menjadi kerisauan apabila golongan ini pulang ke kampung dan menyebarkan wabak berkenaan kepada ibu bapa mereka yang berusia.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok.

Untuk lain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada 15 Mei 2020.

Jelas Dr Zubaidi lagi, penguatkuasaan yang ketat dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi adalah perlu dilakukan sekiranya kerajaan serius membenarkan solat berjemaah di masjid.

Sumber: Sinar Harian / Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}