Sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan meramalkan dan berpendapat negara bakal berdepan dengan pelbagai situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad memaklumkan perkara tersebut selepas sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik.
Malah, penyelidik tempatan itu juga menjangkakan bencana alam mungkin akan berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.
“Kita tidak mungkin akan menikmati suasana yang aman daripada bencana alam pada masa depan.
“Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala namun, kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.