Bersempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Pahang mengumumkan cuti peristiwa pada hari esok, Khamis, 31 Januari 2019.

Dipetik daripada Awani, cuti peristiwa itu bagi memperingati tarikh bersejarah pada tanggal esok yang menyaksikan Sultan Pahang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong, sekali gus diraikan seluruh rakyat negeri itu.
"Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.
"Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok adalah difikirkan sebagai bersesuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.