Padah membawa maut apabila sekumpulan pelancong mengabaikan faktor keselamatan kerana terlalu sibuk ‘berselfie’.
Lebih tujuh orang pelancong mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kawasan takungan air di Daerah Boyolali, Indonesia.
Memetik laporan NZ Herald, pemandu atau tekong bot hanyalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Tambahnya, kesemua 20 penumpang telah bergerak ke satu sisi bot berkenaan untuk berswafoto di tasik tersebut.
“Punca kemalangan adalah kerana bot itu mempunyai muatan melebihi had yang ditetapkan.
“Apabila kesemua 20 penumpang itu bergerak ke satu sudut, bot itu hilang imbangan dan terbalik,” menurut Ketua Polis Jawa Tengah, Ahmad Lutfi.
Setakat ini, pihak polis masih menjalankan misi mencari dan menyelamat bagi mengesan dua lagi penumpang yang masih hilang.
Polis juga akan menyiasat sama ada faktor kecuaian merupakan antara faktor kemalangan tersebut kerana tekong bot itu baru berusia 13 tahun dan golongan bawah umur.
Sumber: NZ Herald
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.