Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Padah Rotan Anak Murid, Seorang Ustaz Kena Hukuman Penjara 6 Bulan

Rotan sampai cedera?
Muhammad Izwan Zainal
09 Mar 2022, 01:21 PM

Seorang ustaz didapati bersalah akibat mencederakan seorang anak muridnya di bahagian kaki kiri dan kanan dengan menggunakan rotan lima tahun lepas.

Mahkamah rayuan membuat keputusan dengan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap ustaz tersebut.

padah rotan anak murid, seorang ustaz kena hukuman penjara 6 bulan

Keputusan ini diambil sebulat suara tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 yang dijatuhi terhadap Muhammad Adib Abd Halim, 28, oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 Nov 2018.

Malah, hakim mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun 2019 yang menggantikan hukuman penjara enam bulan kepada penjara sehari dan menaikkan jumlah denda daripada RM2,000 kepada RM4,000.

padah rotan anak murid, seorang ustaz kena hukuman penjara 6 bulan

Denda maksimum boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 dan hukuman yang dikenakan ke atas Muhammad Adib selaku responden adalah menyalahi undang-undang.

“Dengan itu, keseluruhan hukuman (penjara sehari dan denda RM4,000) yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah tidak sah kerana tidak selaras dengan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan ia perlu diketepikan oleh mahkamah ini,” katanya.

Tambahnya, pihak pendakwa raya telah merayu terhadap keseluruhan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah mendapati mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukkan tidak boleh melebihi setahun penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Responden, Muhammad Adib terkejut apabila mengetahui keputusan tersebut.

Sebelum ini, dia dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berusia 11 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017 dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}