Orang ramai akan dapat kembali berkunjung ke taman tema di seluruh negara selewat-lewatnya November ini selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar memaklumkan kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.
Agensi berkenaan kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema dengan teliti sebelum mengeluarkan arahan dan keputusan.
“Pada pendapat saya taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP yang ketat, berbanding dengan persekitaran di pantai.
“Di samping itu, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.