Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia, individu yang kurang tinggi lebih berisiko hidap diabetes tahap 2.
Kajian berkenaan menunjukkan, pertambahan tinggi sebanyak 10 sentimeter bermakna peluang menghidap penyakit itu berkurangan 41 peratus dalam kalangan lelaki dan 33 peratus untuk wanita.
Para penyelidik mempercayai risiko diabetes itu berkait rapat dengan kandungan lemak yang lebih tinggi dalam hati buat mereka yang kurang ketinggian.
Tambah lagi, individu tinggi didakwa mempunyai sensitiviti insulin dan sel khas yang merembes hormon ini serta mempunyai fungsi pankreas yang lebih baik.
Kajian ini telah dijalankan ke atas lebih 16,600 wanita dan hampir 11,000 lelaki berusia antara 40 hingga 65 tahun di Potsdam, Jerman dari tahun 1994 hingga 1998.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.