Pernahkah anda menyimpan impian bergelar jaguh dalam kelas yang tersendiri? Anda tidak perlu melangkah jauh, serlahkan potensi dan kejaguhan dengan menyertai Peraduan Jaguh Ayam di The Chicken Rice Shop (TCRS).
Mulai 14 Ogos hingga 30 September ini, anda bukan sahaja dapat makan nasi ayam yang sedap tetapi boleh serlahkan kejaguhan anda dengan 4 langkah ini:
Langkah 1: Belanja minima RM10 dalam 1 resit di mana-mana outlet TCRS.
Langkah 2: Layari www.jaguhayam.com.
Langkah 3: Masukkan nombor resit untuk tebus setem virtual.
Langkah 4: Menang hadiah segera untuk setiap 3 setem yang dikumpul.
Lebih banyak anda makan di TCRS lebih tinggi peluang untuk menang hadiah menarik berupa telefon pintar, TV LED, kamera dan tiket penerbangan beserta penginapan untuk 4 orang di Club Med Bali!
Sebelum anda bergelar Jaguh Ayam, sudahkah anda bergelar 4 jaguh yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Tak semua, tetapi majoriti rakyat Malaysia pernah melakukan sekurang-kurangnya satu daripada perkara ini.
Jaguh Membuat Lawak
Orang Malaysia memang suka berlawak dan suka menonton lawak. Kita mudah terhibur. Tidak hairanlah kita ada Harith Iskander, juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World (LFFPITW) selain ramai pelawak tempatan yang bermula daripada melawak dengan rakan-rakan sebelum melangkah ke acara lebih besar.
Jaguh Viral
Ada beberapa perkara yang sering viral yang biasanya untuk membantu netizen dalam kesusahan, mereka yang membuat kesalahan tetapi enggan mengakuinya dan tidak kurang juga yang terbaharu lagu nyanyian DSV "I Am Me" yang cukup terkenal seantero dunia.
Jaguh Nyanyi
Jika di peringkat antarabangsa kita ada Yuna dan Shila Amzah, 2 jaguh yang membawa nama Malaysia dengan suara dan muzik. Kebanyakan dari kita juga jaguh menyanyi di bilik mandi dan di pusat karaoke.
Jaguh Makan
Kredit: imgur
Orang Malaysia boleh makan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tidak hairanlah banyak kedai makan dibuka 24 jam. Tetapi kita susah untuk jawab soalan "Nak makan kat mana?".
Tak perlu susah-susah nak fikir jawapan untuk soalan “Nak makan kat mana?” tu, hanya pergi ke The Chicken Rice Shop!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.