Perjalanan pulang ke pantai timur untuk berhari raya nanti bukan sahaja sibuk melalui jalan raya, malah pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helikopter juga menjadi pilihan khususnya buat mereka yang daripada Kelantan.
Pemilik sebuah syarikat helikopter Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa berkata, perkhidmatan sewaan helikopter ini adalah pertama kali diperkenalkan.
"Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
"Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.
"Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja," katanya.
Hazmi juga tidak menyangka ada sambutan tinggi untuk perkhidmatan ini khususnya dalam kalangan ahli perniagaan.
"Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.
"Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.
"Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya," katanya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.
So korang balik kampung nanti naik apa?
Korang balik kampung naik apa?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.