Penduduk di wilayah Qinghai, Dataran Tinggi Tibet di Beijing, China gempar apabila menyaksikan sendiri sebuah objek bercahaya merah jambu di langit baru-baru ini.
Menurut Daily Star, objek terbang tidak dikenali (UFO) itu dirakam penduduk tempatan 12 jam selepas kejadian hujan meteor yang menuju arah kota Yushu.
Dalam video tersebut, objek dipercayai UFO tidak bergerak ketika seorang pemandu memandu di lebuh raya yang sunyi. Ia kelihatan bersinar dikelilingnya dan dapat dilihat dari segenap sudut kawasan berkenaan.
Ia kekal disitu antara 35 hingga 40 minit, sebelum hilang dari pandangan.
Ada penduduk mendakwa ia adalah bulan, manakala ada juga berkata ia adalah segumpal awan yang bercahaya.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.