Umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum pukul 2 petang akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan tindakan itu dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan secara efektif tanpa sebarang manipulatif.
Tambahnya, notis akan dikeluarkan kepada umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket seluar atau baju sebelum pukul 2 petang dan memberikan peringatan.
“Kita akan buat pendekatan di peringkat penguatkuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya.
“Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa,” katanya.
Pihaknya mengesan ramai umat Islam membawa rokok di dalam poket tetapi menafikannya dan mendakwanya berpuasa.
“Dalam operasi hari ini, seramai dua individu dikesan membawa rokok di dalam poket seluar, kita juga boleh bau asap rokok dan percaya individu terbabit tidak berpuasa.
“Namun, bau itu adalah subjektif dan tindakan kompaun tidak boleh dikenakan, malah pelaku juga memberikan alasan tidak menyedari terdapat rokok di dalam poket seluar sama yang dipakainya semalam,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.