Seorang wanita terpaksa membatalkan niatnya untuk berdiet bagi menguruskan badan selepas menemui seekor bangkai tikus dalam bungkusan saladnya.
Bungkusan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya di bandar Newport, Britain baru-baru ini mengejutkan wanita tersebut yang dikenali sebagai Christine Egerton.
Menurut Christine, disebabkan itu beliau akan berhenti berdiet dan tidak akan makan makanan sihat seperti salad kerana tidak mahu peristiwa meloyakan itu berulang kembali.
“Saya membeli bungkusan salad ini beberapa hari lalu dan selepas membukanya, saya terpaksa membuka semua tingkap di rumah untuk menghilangkan bau busuk bangkai tikus.
“Saya tidak tahu bagaimana tikus ini boleh berada di dalam bungkusan salah yang dibeli,” katanya.
Selepas membuka bungkusan salad berkenaan, wanita itu bersama keluarganya jatuh sakit dan tidak dapat menahan bau busuk yang menyelubungi setiap penjuru rumahnya.
Beliau juga telah membuat aduan mengenai kejadian tersebut dan pihak pasar raya telah memohon maaf dan menawarkan sesuatu sebagai ganti rugi.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.