Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsi oleh pemilik akaun @anwarazeez jelas menunjukkan dua anggota polis trafik sedang mengiringi kenderaan awam.
Malah, video berdurasi 20 saat itu mula mendapat perhatian warganet yang berang akan tindakan tersebut.
Kedua-dua anggota polis tersebut dilihat sedang mengiringi kenderaan yang didakwa sedang dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen di jalan raya.
Difahamkan, mereka menggunakan khidmat berkenaan untuk meredah kesesakan di Pulau Pinang.
Susulan itu, polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik tersebut.
Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal kepada individu berkenaan yang bertindak menggunakan khidmat anggota polis trafik hanya untuk kepentingan peribadi.
Sumber: Astro Awani
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.