Baru-baru ini, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang merupakan lebuh raya tertinggi di Malaysia telah dicemari dengan sampah-sarap.
Lebuh raya yang baru sahaja dibuka 13 Januari lalu terkenal dengan pemandangan yang indah dari atas tetapi ia mengundang amarah warganet apabila ia tercemar.
Menerusi hantaran di laman Facebook Penang Kini, gambar tersebut menunjukkan terdapat banyak sampah sarap seperti bekas minuman dan makanan yang bersepah atas lebuh raya.
Difahamkan, beberapa pengguna lebuh raya disalahgunakan apabila memberhentikan kenderaan mereka untuk mengambil gambar dan melepak di bahu jalan.
Pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana individu yang berada di bahu jalan tersebut.
Pelbagai reaksi warganet apabila mengetahui kejadian ini masih berlaku di negara yang semakin maju dengan pembangunan dan teknologi kini.
“Tolonglah jangan sepahkan sampah kat situ, ambil buanglah balik,” komen salah seorang warganet.
“Apa ni, minda kelas ketiga kalau macam ni apalah nak jadi,” kata pengguna Facebook.
Sumber: Penang Kini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.