Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Nelayan Teruja Berjaya Tangkap Ikan Kerapu Gergasi Di Perairan Labuan Seberat 160 Kilogram

Ikan kerapu gergasi itu berjaya dijual kepada pengusaha restoran makanan laut dengan harga RM8,000.
Muhammad Izwan Zainal
28 Sep 2021, 11:56 AM

Ikan kerapu gergasi seberat 160 kilogram (kg) berjaya ditangkap dan dijual dengan harga RM8,000 kepada sebuah restoran makanan laut.

Penduduk tempatan juga mengenali ikan itu sebagai “keratang” dan terkejut apabila mendapat tahu ada nelayan yang berjaya menangkap ikan sebesar itu.

nelayan teruja berjaya tangkap ikan kerapu gergasi di perairan labuan seberat 160 kilogram

Menurut Dullah Latif, beliau teruja apabila mengetahui pekerjanya menangkap ikan kerapu gergasi itu ketika memancing di perairan Marine Farms kira-kira 100 batu nautika dari Labuan.

“Selepas lebih 30 minit 'bergelut' dengan joran, akhirnya barulah kelibat ikan itu kelihatan di permukaan, dan sebaik sahaja mereka nampak (ikan), mereka menjerit kegembiraan, dan mulanya mereka tidak sedar betapa sukar untuk membawa ikan itu naik... tiga orang diperlukan untuk menaikkan ikan itu ke dalam bot,” katanya.

Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang dan ikan gergasi dari keluarga kerapu itu boleh hidup 30 hingga 50 tahun.

Tambahnya, ini bukan kali pertama mereka mendapat ‘habuan besar’ kerana beliau juga pernah menangkap ikan seberat 241kg pada Februari 2019 lepas dan dijual pada harga RM13,225.

Pemilik restoran makanan laut itu memaklumkan ikan yang dibelinya itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup popular mereka, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.

“Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami - digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam,” katanya.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}