Selepas lebih tujuh bulan dunia ‘berperang’ dengan wabak maut COVID-19, kini jumlah kes jangkitan semakin meningkat dari hari ke hari.
Columbia menjadi negara kelapan di dunia yang melepasi satu juta kes positif COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut.
Negara yang mempunyai populasi kira-kira 50 juta penduduk itu menyaksikan peningkatan kes jangkitan pada Ogos lalu dan mulai menurun sejak itu.
Bagaimanapun, gelombang baharu di Columbia merekodkan sekitar 8,000 kes jangkitan baru setiap hari.
Ia menjadi negara kelapan di dunia melepasi angka 1 juta selepas Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol.
Peru, Mexico dan UK pula dijangka akan mencapai 1 juta kes positif COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu dari sekarang.
Setakat 26 Oktober, seramai 43,323,383 telah dijangkiti COVID-19 di dunia, dengan 1,158,807 kes maut dilaporkan.
Sumber: Coronatracker
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.