Baru-baru ini, laman Facebook TasteAtlas menyenaraikan makanan terbaik di Asia Tenggara dan melabelkan kedudukan nasi lemak sebagai ‘okay’ dengan hanya 3.9 bintang sahaja.
Susulan itu, kebanyakan warganet dari Malaysia kurang senang dengan kedudukan tersebut kerana ia merupakan makanan yang sedap yang mewakili Malaysia.
Malah, nasi lemak juga tersenarai dengan makanan dari Singapura, Ketam Cili dan Banh Xeo dari Vietnam.
Selain itu, hidangan lumpiang Shanghai dan tortang talong dari Filipina berada di kedudukan teratas dengan 4.8 bintang diikuti bubur ayam Indonesia sebanyak 4.7 bintang.
Hidangan Pho dari negara Vietnam, Pad Thai dari Thailand dan Satay dari Indonesia pula dilabelkan sebagai ‘Great’.
Kedudukan senarai makanan tersebut ini ditentukan dan diundi berdasarkan undian pengikut laman Facebook TasteAtlas sendiri.
Rata-rata warganet tidak berpuas hati dan kecewa dengan undian tersebut kerana ramai berpendapat Nasi Lemak mempunyai keenakannya tersendiri dan menjadi kegemaran setiap rakyat Malaysia.
Sumber: [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.