Vietnam merupakan antara negara di Asia yang mempunyai banyak makanan-makanan yang sedap dan menyelerakan. Cuma, ia mungkin sedikit berbeza buat hidangan ini.
Dikenali sebagai 'Vietnam's Roasted Lizard Rice Bowl', hidangan nasi panas ini hadir bersama cicak yang digoreng rangup. Ia cukup popular dibeberapa restoran dan kedai makan di Vietnam.
Cicak yang digunakan bukanlah cicak liar, sebaliknya ia dibela dan dijaga dalam satu kawasan ternakan sehingga mencapai satu usia matang, sebelum dijual kepada umum.
Jika anda berkunjung ke negara Vietnam, pastikan anda bertanya terlebih dahulu kepada penjual sama ada ia ikan bilis ataupun cicak.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.