Dipetik dari laporan CNN, NASA telah menemui tiga planet baru, diluar sistem solar Bumi.
Planet yang termasuk dalam sistem suria TOI-270 ini mengorbit bintang hanya pada jarak 73 tahun cahaya dari Bumi, menjadikan ini sebagai exo planet terdekat yang pernah ditemui.
Planet-planet ini ditemui melalui Nasa Exoplanet Survey Satellite (TESS) yang dihantar ke luar angkasa pada tahun 2018 untuk mencari bintang dan planet yang berpotensi menjadi tempat tinggal dan dapat menyokong kehidupan makhluk asing. Ia dilabel sebagai TOI-207b, TOI-207c dan TOI-207d.
TOI-207b pula dilaporkan mempunyai sedikit persamaan dengan Bumi dimana ia mempunyai batuan serta mempunyai saiz sedikit besar. Dua planet lain pula bergas dan mempunyai saiz yang lebih besar.
Tambah lagi, planet ini mengorbit bintang setiap tiga hari pada jarak sekitar 13 kali lebih dekat dari Utarid yang mengorbit Bumi.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.