Setiap orang mempunyai nama tersendiri yang membawa maksud berbeza-beza.
Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, nama lelaki paling popular yang didaftarkan bagi bumiputera adalah Muhammad dan Adam. Manakala, nama Ainul dan Mardiah adalah nama bayi perempuan yang popular.
Bagi kaum Cina pula, nama Yu Zhe adalah nama lelaki popular manakala Yu Xuan adalah nama bayi perempuan yang popular.
Manakala bagi kaum India, nama Sharvin dan Janani adalah nama yang sering digunakan bagi lelaki dan perempuan untuk kaum ini.
Tambahan pula, kira-kira 51.6% kelahiran adalah bayi lelaki, selebihnya 48.4% adalah bayi perempuan, dengan nisbah 107 bayi lelaki kepada 100 bayi perempuan.
Sumber: Department of Statistics, Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.