Seorang wanita selamat melahirkan anak kembar 3 dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza.
Mumun Muafiyah yang berasal dari Jakarta memberitabu bahawa dia mula merasa sakit sejak pagi 27 Ogos lalu dan saudaranya segera menghantarnya ke hospital RS Cilegon yang terletak 25 kilometer dari rumahnya.
Namun ketika dalam perjalanan, Mumun yang juga ditemani suami mengadu sudah tidak tahan dan ingin singgah dimana-mana klinik berdekatan.
Bermula dengan anak pertama pada pukul 7.35 pagi, selang lima minit, anak kedua dan ketiga pula lahir dan pasangan ini mendapat tiga anak perempuan kembar.
Kerana lahir dalam kereta jenis Avanza, mereka menamakan anak mereka dengan nama Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza dan Nazrina Khaula Avanza.
"Saya lihat maksud Avanza bagus juga. Bererti maju, peningkatan. Harap-harap mereka membesar dengan sihat, cerdas dan terus memberi kebaikan kepada semua," katanya pada Kompas.com
Sumber: Kompas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.