Kredit: HUAWEI
Nak jadi influencer ni, kenalah ada follower yang ramai. Lagi ramai follower, lagi mudah nak dapatkan job, dan lagi ‘masyuk’.
Tapi nak dapatkan follower ni, bukannya senang. Banyak perkara yang korang kena buat antaranya kena rajin OOTD serta like dan komen di akaun influencer lain, kerap upload gambar dan content awesome di akaun media sosial dan korang kena sentiasa keep track dengan trend terkini serta berita sensasi.
Salah satu daripada trend terkini yang korang kena tahu tentunya fon terbaharu HUAWEI nova 5T yang super awesome. Ia mempunyai 5 kamera AI, prestasi unggul dengan design unik. Yang nak jadi influencer tu, fon ni memang untuk korang! Ni sebabnya kenapa korang kena dapatkan fon terbaharu HUAWEI nova 5T.
#1 Kamera Level Pro & Design Awesome
Kredit: HUAWEI
Korang suka ambil gambar makanan atau berOOTD? Selalu juga details makanan kurang jelas dan gambar OOTD pun tak cukup meletup, kan?
Tetapi dengan fon HUAWEI nova 5T yang dilengkapi dengan 5 kamera AI-kamera 48MP Quad AI di belakang dan kamera selfie 32MP, gambar-gambar korang sure lawa. Macam diambil jurugambar profesional.
Nak ambil gambar sudut ultra lebar, selfie, makro, kurang pencahayaan atau pada waktu malam pun tiada masalah!
#2 Prestasi Flagship Luar Biasa
2019 dah nak berakhir guys, takkan korang masih upload video-video boring?
Dengan HUAWEI nova 5T video korang sangat menghiburkan. Fon ni dijana dengan Kirin 980 (7nm), pertama seumpamanya di dunia! HUAWEI nova 5T boleh recognise pose terbaik dalam video dengan pantas. Tiada lagi lagging dan tersekat-sekat ketika melakukan tugas berat atau bermain permainan mudah alih.
Dengan adanya versi EMUI 9.1 yang ditambah baik, korang boleh rakam muka dan suara korang untuk minta orang yang korang hubungi tu angkat panggilan korang.
#3 Main Game Tak Tersangkut-Sangkut
Dengan prestasi flagship luar biasa dan GPU Turbo 3.0, pengalaman korang main game akan dioptimumkan, takde la tersekat-sekat.
Bateri pun tahan lama, visual berkualiti dan paling best, game korang tak kacau walaupun ada orang call waktu korang tengah final battle. Tak payah stop atau pause, sambil main game pun boleh angkat fon.
#4 Pengecasan Pantas
Kredit: HUAWEI
Dahlah bateri fon tahan lama, tempoh masa pengecasan pun cepat. Korang boleh cas hingga 50% dalam 30 minit je. Fon ni dikuasakan oleh bateri 3750mAH dan dilengkapi 22.5W teknologi SuperCharge. Terbaik wei!
#5 Elegan & Stylish
Kredit: HUAWEI
Selalunya nak lengkapkan gaya kenalah pakai aksesori, tapi dengan fon ni tak kisahlah korang pakai baju warna apa pun, tetap boleh matching dengan baju korang. Bukan je cantik tapi stylish.
Fon ni didatangkan dengan 3 warna metalik unik iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan hitam yang stylo. Dahlah rupa fon ni lawa, gambar korang pun automatik cantik dengan adanya kamera ultra kecil in-screen 4.5mm.
Korang boleh dapatkan fon ni pada harga RM1,599 untuk 8GB RAM dan 128GB storan. Menariknya, kalau korang pre-order fon ni antara 29 Ogos hingga 5 September, korang boleh dapat hadiah eksklusif bernilai RM325! Selain itu, korang juga boleh dapat 1 tahun tambahan waranti untuk Huawei nova 5T. Terdapat juga Program Level-Up ditawarkan kepada pengguna Nova. Program ini bakal bermula pada 7 September di gedung HUAWEI terpilih. Yang nak dapatkan MediaPad M5 Lite 10 pula, harga yang ditawarkan RM1,299.
Perghhh! Memang terbaiklah! Apa tunggu lagi? Jomlah pre order sekarang di kedai online dan klik di sini untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.