Hutan Monyet Sangeh sering menerima lebih 6,000 kunjungan sebulan tetapi situasi berubah apabila pandemik melanda dan hanya 500 orang pengunjung sahaja yang berkunjung ke tempat mereka.
![monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/b1_15.jpeg)
Baru-baru ini, pulau pelancongan popular Indonesia, Bali dikejutkan dengan tindakan monyet-monyet yang menggeledah rumah orang awam untuk mencari makanan akibat kebuluran.
Monyet-monyet di Hutan Monyet Sangeh berkelakuan sebegitu akibat kurangnya bilangan pelancong yang berkunjung untuk memberi makanan.
![monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/b3_12.jpeg)
Difahamkan, ramai penduduk sekitar mengadu monyet-monyet tersebut memanjat ke bumbung-bumbung rumah berdekatan untuk mendapatkan makanan bagi kelangsungan hidup.
Penduduk tempatan mahu monyet-monyet berkenaan menghentikan tindakan itu dengan membawa buah-buahan, kekacang dan beberapa makanan lain ke Hutan Monyet Sangeh.
“Kami bimbang haiwan itu akan menjadi liar dan ganas,” luahan seorang penduduk kampung, Saskara Gutsu Alit.
![monyet di bali kebuluran tiada pelancong beri makanan, sampai terpaksa selongkar rumah penduduk tempatan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/b8_1.jpeg)
Hutan tersebut juga menjadi lokasi bagi kuil Pura Bukit Sari dan hampir 600 ekor monyet tinggal disitu setakat ini.
Sumber: South China Morning Post
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.