Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

[VIDEO] Misteri Warna Air Sungai Sebulong Bertukar Biru Menjadi Persoalan, Punca Sebenar Masih Disiasat

Pekatnya warna biru air sungai itu! Kenapa boleh berlaku kan?
Muhammad Izwan Zainal
19 Jan 2022, 01:35 PM

Warna air Sungai Sebulong berubah menjadi kebiru-biruan mengejutkan penduduk sekitar Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor yang dipercayai akibat tercemar.

Menurut perkongsian Izzah Razak di laman Facebooknya, dia menyedari kejadian tersebut ketika mengunjungi rumah ibu mertuanya.

misteri warna air sungai sebulong bertukar biru menjadi persoalan, punca sebenar masih disiasat

Malah, Izzah juga risau akan keadaan warna air sungai itu seakan ada individu mencurah cat di dalam sungai atau sisa kimia.

“Biasanya, setiap kali ke sini, saya suka berjalan menyusuri sungai ni. Tapi hari ni, air sungai ni bertukar menjadi biru seperti dituang cat.

“Tengok dalam gambar pun menakutkan, airnya berbuih seperti sabun. Mungkin Ada kandungan bahan kimia, saya sendiri pun tak pasti. Sampah sarap pun banyak menyebabkan pengaliran air tak lancar,” katanya.

misteri warna air sungai sebulong bertukar biru menjadi persoalan, punca sebenar masih disiasat

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff, pihaknya menerima aduan dan hasil pemantauan mereka mendapati keadaan air di anak sungai itu jernih seperti sebelum ini tanpa ada tanda-tanda pencemaran yang berlaku.

Setakat ini, pihaknya belum menjumpai punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku di sungai itu.

“Pasukan pemantauan masih menjalankan siasatan kerana tinjauan yang dilakukan semalam mendapati air di anak sungai itu jernih dan tidak kebiru-biruan seperti yang dilaporkan.

“Oleh itu, pasukan pemantauan akan meneruskan siasatan lapangan serta penyelusuran anak sungai bagi mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kejadian sebegini terjadi.

“Walaupun hasil pemantauan nampak keadaan sudah kembali macam biasa, ini tidak bermakna isu ini sudah selesai. Ini kerana dikhuatiri perkara sama akan berulang,” katanya.

Sumber: [1] [2]

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}