Minuman berasaskan koko dikatakan boleh menjadikan seseorang itu lebih pintar, kata penyelidik dari sekolah sukan, senaman dan pemulihan Universiti Birmingham, UK.
Minuman koko didapati kaya dengan flavanol yang boleh meningkatkan fungsi otak.
Dalam ujian yang dijalankan ke atas beberapa orang sukarelawan, penyelidik memfokuskan pada bahagian hadapan korteks otak, yang berfungsi mengawal dan membuat keputusan.
Hasil kajian mendapati, mereka yang meminum koko yang diperkaya dengan flavanol mampu menyelesaikan tugasan yang sangat kompleks dengan lebih pantas dan tepat.
Hasil imbasan menunjukkan tahap oksigen yang lebih tinggi dalam otak mereka yang minum minuman koko.
Pengarang utama kajian itu, Dr Catarina Rendeiro, berkata: "Manfaat minuman yang diperkaya dengan flavanol ini hanya terjadi ketika tugasnya menjadi cukup rumit.
"Kami dapat menghubungkannya dengan hasil kajian kami mengenai peningkatan oksigen dalam darah.
"Sekiranya anda sedang memikirkan sesuatu, otak anda memerlukan peningkatan tahap oksigen darah untuk menguruskannya.
"Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa flavanol mungkin sangat bermanfaat dalam fungsi kognitif."
Kajian yang diterbitkan dalam Scientific Reports itu melibatkan 18 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun.
Flavanols merupakan sejenis antioksidan dan baik untuk peredaran darah, terdapat dalam berbagai makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan teh.
Dr Rendeiro menambahkan: "Dengan lebih memahami manfaat kognitif dari makanan dalam kumpulan ini, kita dapat meningkatkan panduan diet."
Bagaimanapun, kandungan flavanol dalam minuman koko yang diproses menjadikan serbuk boleh termusnah ketika penghasilan minuman berkenaan, menyebabkan ia tidak lagi mempunyai kandungan nutrisi mencukupi.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.