Kredit: Instagram/Cheese Banjir
Hujung minggu ni apa plan korang? Takkan nak duduk rumah je sepanjang hari kan? Apa kata korang serbu restoran ni. Makanan dia memang gerek! Lain daripada yang lain. Penggemar durian dan keju tak perlu bergaduh dah, korang boleh nikmati makanan favourite korang ni dalam 1 cawan.
Selain Milo keju durian, jom tengok 3 makanan lain yang korang mesti cuba!
#1 Milo Keju Durian
Kredit: Instagram/Cheese Banjir
Bayangkan Milo kaw, dicampur dengan keju parmesan dan cheddar. Lebih umpph bila ditambah dengan durian kampung!
#2 Teh Keju Durian
Jangan ingat milo je bertambah sedap jika ditambah durian dan keju, teh pun tak kurang hebat. Memang lemak, kaw, menangkap!
#3 Kopi Keju Durian
Kredit: Malay Mail Online
Orang kata jangan minum kopi dengan durian, tapi siapa boleh tolak kopi keju durian yang satu ni.
#4 Mangga Keju Durian
Korang pernah makan mango cheese cake dan durian cheese cake. Tapi kali ni mangga, keju dan durian digabungkan dalam 1 hidangan. Rasa dia mestilah 2 kali ganda sedap!
Apa tunggu lagi? Takkan nak tengok je orang lain makan. Jom serbu restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan. Harganya berpatutan guys. Korang check out je Facebook Cheese Banjir Restaurant, semua details ada kat sana.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.