Pengarah popular, Michael Ang sanggup membelanjakan wang tunai sebanyak RM 5,000 kepada 10 pengikutnya yang terpilih di Instagram miliknya.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Michael mahu berkongsi rezeki dan bersedekah kepada mereka yang betul-betul memerlukan dalam situasi yang sukar ini.
Beliau juga memaklumkan hadiah itu hanya diberikan kepada mereka yang mematuhi kuarantin kendiri dan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Salam semua. Saya pilih sepuluh orang ini. Pada yang lain, saya minta maaf sangat sangat sebab ini sahaj saya mampu.
“Tetapi saya gembira, sedikit sebanyak dapat menggalak kamu semua untuk buat ‘self lockdown’,” tulisnya di Instagram.
Lebih 10 orang pengikut bertuah dipilih pengarah itu untuk berdasarkan komen di hantarannya sahaja.
Malah, Michael berharap agar bantuan wang tunai itu dapat meringankan beban pengikutnya dan menggalakkan orang ramai untuk kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Sumber: Instagram Michael Ang
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.