Pemain kelahiran Argentina, Lionel Messi sekali lagi meraih anugerah Ballon d'Or 2019 untuk kali keenam.
Pemain berusia 32 tahun itu mencipta rekod pemain paling banyak menerima gelaran berprestij yang dikendalikan oleh France Football.
Untuk rekod, Messi sekali lagi telah menewaskan pesaing utamanya, Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo pada majlis yang diadakan di Paris baru-baru ini.
”Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia satu perkara yang tidak dapat dibayangkan untuk memenangi anugerah ini, buat kali keenam.”
”Sangat menggembirakan untuk memenanginya buat kali keenam. Sangat baik buat saya apabila mendapat pengiktirafan daripada orang lain dan ia membuatkan saya bangga dengannya.”
”Saya fikir [seseorang yang akan memecahkan rekodnya]. Saya tidak tahu siapa tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan.”
”Rekod yang dicipta adalah untuk dipecahkan, tetapi saya tidak tahu siapa dan bila ia akan berlaku.”, kata Messi.
Musim ini, Messi juga telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Eropah [72 mata], Liga Juara-Juara Eropah [12 gol] dan La Liga dengan 36 gol dihasilkannya.
Sumber: Semuanya Bola
Kredit foto: France Football
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.