Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi tersenarai sebagai antara atlet sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal di dunia.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) ini juga memiliki sebuah Ferrari yang berharga £25 juta (RM143 juta).
Menurut ManySpins.com, hasil penelitian terhadap 50 atlet dengan gaji termahal di dunia merekodkan Messi mengungguli tempat pertama dalam senarai ahli sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal.
Malah, penyerang itu juga mempunyai koleksi sebanyak 13 buah kereta, dengan nilai keseluruhan £28,169,068 (RM161,877,255).
Ini meletakkan Cristiano Ronaldo di tempat kedua dengan memiliki koleksi 19 buah kenderaan bernilai £18 juta (RM103 juta), manakala bintang Formula 1 (F1) Lewis Hamilton mempunyai sembilan kereta bernilai £12.4 (RM71.26 juta) di tempat ketiga.
Sumber: [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.