Banjir di selatan Mesir melanda di kawasan kediaman masyarakat sehingga meragut tiga nyawa.
Malah, lebih 500 individu dimasukkan ke hospital selepas disengat kala jengking akibat daripada cuaca buruk tersebut.
Kesan ribut yang melanda di wilayah itu membawa kala jengking dari tempat persembunyian ke kawasan kediaman.
Namun, kesemua 503 mangsa yang disengat kala jengking itu diberi suntikan dos antibisa dan dibenarkan pulang selain tiada kes kematian dicatatkan.
Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia berkata banjir buruk itu turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah pada Ahad.
Banyak jalanan, rumah, ladang rosak akibat dilanda arus deras banjir yang buruk itu di kawasan mereka.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.