Sebuah bank di Texas, Amerika Syarikat, dilaporkan mengalami gangguan teknikal apabila tersalah mengeluarkan wang $100 berbanding not $10.
Bank of America berkata, mereka menyedari akan kesilapan tersebut yang berlaku di Houston, seperti yang dilaporkan oleh KPRC TV baru-baru ini.
Pihak bank juga berkata, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mesin ATM pada ketika masalah tersebut berlaku, boleh menyimpan sahaja wang berkenaan sebagai hadiah perayaan Krismas.
Punca masalah berkenaan terjadi adalah kerana juruteknik yang memasukkan wang ke dalam mesin ATM tersebut tersalah memasukkan not $100 kedalam bahagian wang $10.
Sumber: Inquirer
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.