Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Akaun Di 'Serang' Pelajar SPM2019, Wanita Nama Melissa Ini Luah Rasa Kecewa, ''Ini Rasanya Buli Siber..''

Beliau berasa kurang senang dan berkongsi rasa kecewa di Instagram
Editor
09 Nov 2019, 12:34 PM

Beberapa hari lalu, nama Melissa menjadi tular kerana muncul dalam kertas Bahasa Inggeris SPM 2019 sehinggakan menjadi trending dilaman Twitter.

akaun di

Disebabkan namanya sama dalam kertas peperiksaan tersebut, akaun Instagram Laura Melissa Williams telah di 'serang' oleh para pelajar SPM2019.

Akaun beliau telah mendapat lebih daripada 150 ribu komen dalam masa kurang daripada 48 jam, membuatkan beliau rasa kurang senang dan berkongsi rasa kecewa kerana ia menggambarkan perasaan seseorang yang dibuli siber.

Berikut adalah antara apa yang diluahkan oleh Melissa ekoran daripada insiden ini:

"Hi kepada semua pelajar SPM di Malaysia.

2 hari lalu saya tersedar bahawa saya menjadi sangat popular di Malaysia dan telah menerima ribuan mesej, meme dan komen di Instagram dan Twitter. Saya dikaitkan dengan kajian kes dalam kertas peperiksaan Bahasa Inggeris SPM mengenai seorang paraglider berusia 16 tahun diberi nama Melissa yang mengalami kemalangan semasa terbang.

Seperti yang mungkin anda sedar sekarang, Melissa dalam kertas peperiksaan anda tidak ada hubungannya dengan saya; saya hanya menjadi seorang paraglider perempuan; yang suka sukan; dan nama tengahnya ialah Melissa.


Sejak semua ini bermula 48 jam yang lalu, saya mempunyai lebih daripada 150,000 komen, likes dan tweet - yang sejujurnya ia cukup luar biasa.


Banyak mesej anda mempunyai pesanan yang positif, terima kasih untuk itu. Saya telah melawat Malaysia sebelum ini dan mencintai negara anda dan saya gembira kerana begitu banyak daripada anda berminat untuk mencuba sukan paragliding. Ia sukan yang hebat!

Walau bagaimanapun, saya juga ada menerima beberapa mesej tidak begitu baik: mesej jahat seperti ini menyakitkan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental.
Sebagai seorang wanita berusia 30-an, saya cukup dewasa untuk melihat ini tetapi jika saya, seorang gadis berusia 16 tahun, kemungkinan besar ini akan menjadi cerita yang berbeza - mereka yang menyiarkan komen-komen ini harus berfikir sebelum mereka bertindak.

Secara kebetulan, saya seorang artis yang bekerja untuk projek-projek yang memberi tumpuan kepada gabungan teknologi dan tingkah laku manusia dan bagaimana ia memberi kesan kepada badan kita, hati dan fikiran. Anda telah memberikan saya bahan sumber paling yang dirasai sebagai seseorang yang mengalami buli siber.


Seperti yang saya pasti anda akan faham, saya tidak akan post apa-apa di sini (Instagram) selama beberapa hari akan datang sementara untuk menenangkan diri.
Sementara itu, saya mengharapkan yang terbaik untuk anda semua.

Bye!"

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello to all SPM students in Malaysia. I woke up 2 days ago to find out I’d become very popular in Malaysia and was receiving thousands of messages, memes and comments on Instagram and Twitter. I was linked to a case study in the SPM English exam paper about a 16 year old paraglider called Melissa that had an accident while flying, that every 17 year old in your country had to answer. As you’ve probably realised by now, the Melissa in your exam paper has nothing to do with me - I simply happen to be a female paraglider - who loves the sport - and whose middle name is Melissa. Since all this started 48 hours ago I’ve had over 150,000 comments, likes and tweets - which - to be honest - is totally surreal… and quite overwhelming too. A lot of your messages have been beautiful and kind and I’ve been encouraged by their positivity - thank you. I’ve visited Malaysia before and love your country and I’m glad that so many of you are interested in trying paragliding. It’s a great sport 😊 However, some of the messages I’ve received haven’t been so nice: nasty messages like these are hurtful and can cause mental health issues. As a 30-something woman, I am old enough to see through this but if I was, in fact, a 16 year old girl, it's very likely this would be a different story - those who posted these comments should think before they act in future. C’mon, please #haveaheart - we’re all just humans after all ❤️❤️ Coincidentally, I’m an artist who works on projects that focus on the fusion of technology and human behaviour and how it impacts on our bodies, hearts and minds. You have given me the most amazing source material for behaviours on social media and an insight into what it feels like to be someone who’s encountered cyber bullying. As I’m sure you’ll understand, I’m not going to be posting on here over the next few days while this calms down. In the meantime, I wish you all the best of luck with the rest of your exams! Bye for now x #haveaheart #heart #theheartmatters #cyberbullying #malaysia #spm19 #art #artist #british #uk #paragliding #flylikeabird #thiswomancan @fly_sussex_paragliding

A post shared by Laura Melissa (@lauramelissawilliams) on

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}