Conor McGregor, menerusi laman Instagramnya mendedahkan punca dan sebab kenapa dia tewas kepada Khabib Nurmagomedov pada aksi UFC 229, 7 Oktober lalu.
McGregor mengakui telah tersilap teknik menyebabkan dia kalah kepada jaguh Rusia itu pada pusingan keempat.
"Saya membuat kesilapan kritikal dengan mengabaikan 'overhook' saya pada saat yang penting, mendedahkan bahagian belakang saya, yang akhirnya saya ditewaskan secara adil.
"Apa yang boleh saya katakan? Ia pertarungan yang hebat dan saya menyukainya. Saya akan kembali dengan keyakinan yang tinggi. Bersiap sedialah,"
McGregor juga berkata dia tiada sebarang masalah untuk mengadakan rematch bersama Khabib dalam masa terdekat.
"Saya akan hadapi sesiapa sahaja (petarung) yang seterusnya. Kepada para peminat saya, jumpa lagi.. saya sayang anda semua," katanya lagi.
Sumber: Instagram Conor McGregor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.