Bintang tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather akhirnya mengumumkan akan bertarung semula dengan Manny Pacquiao dalam satu perlawanan pertunjukkan di Tokyo, Jepun.
Mayweather membuat pengumuman ini menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.
"Saya Floyd 'Money' Mayweather. Apa yang saya sedang usahakan sekarang ialah (pertarungan) pertunjukan Mayweather vs Pacquiao di sini, Tokyo, Jepun. Nantikan," katanya dalam klip tersebut.
Selain itu, dia turut memuat naik kapsyen yang bertulis, "Pertunjukan Mayweather vs Pacquiao, Tokyo, Jepun.. akan datang."
Rematch ini bagaimanapun masih belum ditentukan lagi tarikh dan masa perlawanannya.
Terdahulu, Pacquiao telah mencabar Mayweather untuk mengadakan rematch selepas Mayweather mengkritik perjalanan karier Pacquiao.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.