Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Mayat Rentung Akibat Kereta Terbakar, Anggota Badan Terputus Ketika Ditemui

Salam takziah buat keluarga mangsa.
Muhammad Izwan Zainal
28 Mar 2022, 08:30 PM

Seorang lelaki ditemui dalam keadaan sayu apabila tubuh badan rentung dalam kereta yang terbakar di tepi jalan di luar Perumahan Iskandar Malaysia (Prisma), tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 12.03 tengah malam.

mayat rentung akibat kereta terbakar, anggota badan terputus ketika ditemui

Beliau mengesahkan seorang lelaki didakwa terperangkap dalam kereta terbakar di kawasan perumahan itu.

Hasil siasatan terhadap saksi mendapati kereta itu berhenti di lokasi kejadian dalam keadaan enjin hidup, lampu menyala dan terbakar.

Malah, tiada butiran pengenalan diri mangsa diperoleh ketika siasatan di tempat kejadian.

“Polis tidak menemukan sebarang butiran mahupun barang berharga di tempat kejadian.

mayat rentung akibat kereta terbakar, anggota badan terputus ketika ditemui

“Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan bantuan bomba dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa yang rentung dengan tangan dan jari terputus itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, lebih tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri.

Kira-kira 50 peratus kemusnahan membabitkan sebuah kereta dan kebakaran menyebabkan pelbagai bahagian kereta musnah dijilat api.

Operasi ditamatkan pada pagi, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}