Mayat seorang lelaki ditemui terperangkap dalam sebuah patung dinosaur gergasi.
Memetik laporan Daily Star, pihak berkuasa percaya lelaki berusia 39 tahun itu maut ketika cuba untuk mencari telefonnya sebelum terjatuh ke dalam patung itu lalu terperangkap.
Namun, tiada sebarang petunjuk yang jelas mengenai bagaimana mangsa memasuki patung tersebut.
Kejadian berlaku di Barcelona, Sepanyol itu disedari seorang bapa dan anak lelakinya apabila bau busuk dari patung dinosaur itu menyelubungi kawasan sekitar.
Menurutnya, individu itu mendapati terdapat mayat menerusi belakang kaki patung haiwan itu lalu menghubungi polis untuk siasatan lanjut.
Waris keluarga mangsa mendakwa mereka terputus hubungan dengan mangsa lebih dua hari sebelum melaporkan kehilangannya.
Punca kematian mangsa sedang disiasat dan pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.