Mungkin ada di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman hilang barang seperti selipar di masjid.
Namun begitu, tahukah anda terdapat sebuah masjid di Indonesia yang sedia menggantikan barang jemaah yang hilang ketika bersolat dimasjid itu, walaupun ia sebuah motosikal?
Masjid Jogokariyan di Yogyakarta dilaporkan akan menggantikan apa sahaja barang yang hilang, sama dengan nilainya.
“Polisi menggantikan barangan jemaah yang hilang telah dilakukan sejak 1999. Pernah satu ketika di tahun itu, seorang jemaah kehilangan seliparnya. Pengurus masjid kemudiannya menggantikan selipar tersebut dengan wang peribadinya.
“Pengurus tidak menggunakan duit daripada tabung masjid kerana ketika itu wangnya tidak banyak selain ia akan mengurangkan nilai duit tabung,” kata pengurus masjid, Ahmeda Aulia Nurseta.
Katanya lagi, ia juga sebagai menjaga keamanan jemaah ketika beribadah dan dana serta sumbangan kepada masjid juga semakin meningkat.
“Uniknya laporan berkaitan kehilangan juga kini semakin berkurang. Entah kerana kesedaran atau sebab lain, jemaah Masjid Jogokariyan semakin berasa tenang ketika beribadah,” katanya.
Kini urusan menggantikan barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus. CCTV juga dipasang ditempat yang pernah berlakunya kecurian.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.