Jepun yang akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Ragbi Dunia 2019 dan juga Sukan Olimpik 2020 telah menghasilkan surau bergerak. Projek surau mobil itu dicuba oleh Toyota Stadium di Tokyo pada hari Isnin yang lalu ini menunjukkan sikap dan hospitaliti mereka terhadap orang Islam.
Projek ini dilancarkan untuk menyelesai masalah berkaitan kekurangan bilangan masjid terutama sekali untuk berdepan dengan beberapa upacara sukan yang agak besar akan datang.
Surau bergerak itu mengambil masa lebih kurang empat tahun. Dicipta di atas lori 25 tan, ia mempunyai tapak yang luas sehingga boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa. Surau itu juga dilengkapi dengan kemudahan mengambil air sembahyang dan kiblat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.