Pandemik COVID-19 menyebabkan pengusaha panggung terjejas teruk di Amerika Syarikat, Marvel Studios menggalakkan para peminat adi wira untuk menonton aksi filem menarik di panggung wayang sebagai tanda sokongan.
Memetik laporan Reuters, usaha itu dilakukan dengan penuh komited meskipun dunia hiburan kini bersaing sengit dengan perkhidmatan penstriman langsung.
“Jumpa di panggung wayang,” pesan di video trailer berdurasi 3 minit yang direka untuk menarik perhatian umum tentang beberapa filem Marvel termasuk Black Widow, Eternals dan sekuel Black Panther.
Rakaman video keseronokan dari dalam sebuah panggung ketika penonton bersorak ditunjukkan sewaktu adegan pertempuran akhir filem Avengers: Endgame pada April 2019 lalu.
Operasi panggung wayang yang tidak menentu menjadikan pengusaha tersebut kecewa dan berharap pandemik ini cepat berakhir.
Pengusaha panggung bebas mahupun rangkaian gergasi mahukan sokongan daripada filem-filem blockbuster Marvel dan penerbit lain yang mampu menarik kunjungan penonton kembali.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.