Facebook pernah terpalit dengan kontroversi skandal data Cambridge Analytica yang menyebabkan hampir 50 juta data profil Facebook dikumpulkan untuk kepentingan tertentu.
Disebabkan itu, CEO Apple, Tim Cook memandang serius hal ini dan mengkritik sistem privasi Facebook yang menyebabkan ketirisan data pengguna kepada orang luar. Tambah Tim, Apple amat mementingkan privasi dan tidak sama sekali menjual data pengguna untuk kepentingan tertentu.
Sehubungan dengan itu, menurut laporan The Verge, Mark Zuckerberg kini mengarahkan pasukan pengurusan laman sosial mereka untuk menggunakan peranti Android sahaja, berbanding iOS kerana sistem operasi Android lebih terbuka dan boleh dibangunkan secara meluas.
Sumber: The Verge
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.