Bintang sukan tinju dunia, Manny Pacquiao akhirnya mengumumkan untuk bersara dari sukan tinju setelah berfikir secara teliti sehingga menganggap ia keputusan yang paling sukar pernah dilakukannya.
Menerusi hantaran di laman Twitternya, Pacquiao dengan rendah diri mengumumkan persaraannya dan berterima kasih atas semua pihak yang menyokong dirinya selama ini.
“Sukar untuk saya menerima hakikat yang masa saya sebagai petinju sudah berakhir. Hari ini saya mengumumkan persaraan saya,” katanya.
Calon Presiden Filipina itu juga pernah menjuarai lapan divisyen dunia mengambil keputusan muktamad beberapa minggu selepas tewas perlawanan profesional terakhirnya bertemu petinju Cuba, Yordenis Ugas di Las Vegas.
Kini, Pacquiao bergiat aktif dalam bidang politik sejak 2010 sehingga dipilih menjadi anggota Dewan Negara.
Malah, beliau turut bertanding jawatan tertinggi sebagai calon presiden di negara itu.
Terdahulu, Pacquiao dan pasangan dikurniakan lima orang anak berhasrat untuk tetap berjasa kepada masyarakat.
Selain peminat, beliau sendiri berterima kasih kepada jurulatihnya, Freddie Roach yang sentiasa membimbingnya sepanjang karier dan bergelar bintang tinju dunia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.