Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Mangsa Kedua Kemalangan MPV Cedera Parah Sebelum Disahkan Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga mangsa.
Muhammad Izwan Zainal
02 Mar 2022, 03:35 PM

Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang terbabas di Jalan Air Itam, Tasek Gelugor di sini semalam meninggal dunia selepas kira-kira 18 jam bertarung nyawa.

Mangsa perempuan berusia 14 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya di sini.

mangsa kedua kemalangan mpv cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.

“Si mati adalah sepupu kepada si mati pertama dan adik kepada pemandu MPV,” katanya.

Terdahulu, seorang remaja perempuan terbunuh, manakala empat yang lain cedera selepas Toyota Avanza dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Air Itam, Tasek Gelugor di sini.

Mangsa berusia 17 tahun yang merupakan penumpang hadapan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah kira-kira pukul 8 pagi itu, 

Sementara itu, difahamkan jenazah kedua-dua mangsa yang juga merupakan pelajar sebuah pusat tahfiz berdekatan lokasi kejadian dibawa pulang ke Padang Serai, Kedah bagi urusan pengebumian.

Sumber: Kosmo
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}