Sejumlah 913 daripada 251 buah keluarga di empat negeri yang terjejas akibat banjir di seluruh negara setakat ini.
Menurut Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 18 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat 9 pagi, hari ini.
Negeri Kedah, Melaka, Perlis dan Johor antara negeri yang mempunyai mangsa banjir yang terjejas.
Kedah mencatatkan 764 mangsa banjir daripada 209 buah keluarga yang ditempatkan di 13 buah PPS.
Kawasan terjejas di negeri Darul Aman termasuk Pendang, Pokok Sena, Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling.
Sementara itu, mangsa banjir di Melaka pula menurun kepada 89 mangsa daripada 24 buah keluarga berbanding semalam yang mencatatkan 113 mangsa.
Kesemua mereka ditempatkan di tiga buah PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah.
Malah, Perlis seramai 42 mangsa banjir daripada 12 buah keluarga ditempatkan di sebuah PPS akibat banjir yang berlaku di daerah Arau.
Negeri terakhir terjejas ialah Johor dengan 18 mangsa daripada empat buah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS selepas banjir berlaku di daerah Pontian.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.